Wednesday, April 25, 2012

Phuket - Sebelum Pergi

Hari nih rabu.. esok khamis.. n lusa jumaatt..hari sabtu pagi2 buta dh nk bertolak ke Phuket.. dulu masa mula2 tau staff trip akan ke phuket rasa cam happy sangat.. ye lah bukan senang kan company nk sponsor sampai ke Phuket.. itu dulu lah..tp skarang perasaan tuh dh jdk cam biasa2 jek..naper jdk cam biasa2 jek?? 1) sbb skang duk pk nk kemas barang n nak pindah umah.. 2) tetap duk pk nk kemas barang n nak pindah umah.. 3) pon duk pk nk kemas barang n nak pindah umah..hahaha.. punyer lah besar impact nk pindah umah.. tp x per lah.. wat lah satu2..gi phuket dulu enjoy2 then balik nnt kemas barang n pindah..setlle!!

3 sebab utam itu lah dia.. sebab2 yg lain2 adalah gegaran2 susulan lepas gempa kt acheh ri tu.. jdk cam suspens jek.. dh lh this week ada pulak gay festival kt phuket.. kalo lah ditakdirkan Allah turunkan bala macam kaum nabi Luth masa tuh.. nauzubillah.. semoga kami semua selamat pegi dan selamat kembali..esok kt opis pon akan buat solat hajat moga perjalanan kami selamat pegi dan balik dan boleh sambung kerja seperti biasa selepas itu :-)

nih kali ke-4 kut saya akan keluar dr Malaysia tanah tumpah darah ku.. mmg akan ada perasaan yg sama bila nk tinggalkan Malaysia.. semoga saya dan kawan2 yg lain diberi kesihatan yg baik dan dimudahkan urusan sepanjang berada di sana :-) aamiin..


Gambar di atas ini betol2 tidak menggembirakan hati saya lah :P

Friday, April 20, 2012

Posisi Imam dan Makmum

Yang ini pon perlu disimpan.. semoga menjadi panduan yang bermafaat.. dapat drpd fb wall jugak :-) by ustaz Don Daniyal

Petua Menduduki Rumah Baru

x tau nak letak entry nih dlm label mana satu..sweet home or panduan hidup.. masuk dlm panduan jek kut..senang nk refer nnt :-)

cantik x umah kt dlm gambar ni? cantik kan.. saya suka rumah kg nih.. sesuai kut ngan jiwa saya...kalo tensen2 pasal keje ke..saya selalu terpikir.. kenapa saya tidak ditakdirkan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.. duduk kat kg.. memasak..membasuh..jaga anak2..x yah pk nk bayar umah..nak bayar kete.. nak beli itu..nak beli ini...hidup aja seadanya hahaha.. tuh time bengong n bengang pasal keje lah tu duk pk camtuh..tp saya tetap rasa jdk suri rumahtangga cam best gak kut wakaka.



Petua menduduki rumah baru :-
1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masu...k rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

[ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA]




Thursday, April 19, 2012

Tali Tape Vs Pita Ukur 16 Kaki

Dah lama nak wat entry nih.. tp asik x dek masa jek.. konon cam bz lah kan.. padahal x wat apa2 sangat.. ntah lah.. x leh nak focus kut.. asik pikir kan hal umah.. tapi skang sumer nyer hampir selesai.. Alhamdulillah.. semoga Allah membantu saya dan melindungi saya selama-lamanya .. amin..

Nak masuk umah baru nih macam2 pengalaman ada.. nak wat entry gak.. tp lom ada masa..kalo ada entry so pas nih leh lah jdkan kenang-kenangan untuk diingati semula.. mana lah tau kan 10-20 tahun akan dtg nak baca semula :-)

So entry kenang-kenangan yg first berkenaan dgn umah baru saya ialah berkenaan dengan pita ukur.. haha.. tidak lah pernah saya termimpi untuk memiliki pita ukur bersaiz 16 kaki... i repeat 16 kaki yer tuan2 dan puan2 sekalian haha.. kenapa saya beli?? npk cam mudah jek kan.. mesti org ckp..itu pon nk kene beli ke?? oleh keraa saya nih lebih suke wat sendiri mende yg saya rasa bole wat sendiri so saya beli lah mende alah ini.. sebab saya nak ukur ketinggian siling umah saya.. kelebaran tingkap umah saya... so senang lah saya nk wat langsir umah nnt...then kebesaran space utk peti ais saya yg saya boleh beli utk fit dgn saiz kabinet yg ada tuh... pastu kebesaran perabot bilik tido yg boleh dibeli bagi saiz bilik tido saya nnt.. nnt kalo tokey kedai tanya.. "awak punya bilik baper besar??" boleh saya jawab dengan lebih confident nnt kan hehe.. bila pikir2 semula.. saya nih dah macam kontraktor pulak.. tp byk betol mende yg saya belajar dr sini.. memiliki bende yg mcm bukan saya yg patut beli :-).. ingatkan selama ini saya akan hanya memiliki pita ukur untuk buat baju jek.. tp pita ukur untuk reno umah pon ada :-) .. hebat kan? haha

 

ini lah pita ukur 16 kaki yg saya beli tu.. saya beli kat ACE Hardware, Ikano Power Centre..Harga lebih kurang RM13 kut..dh x ingat.. yg paling murah :-)

 

ini pulak tali tape ukur baju yg dah dimiliki bertahun2 oleh saya.. dah lama x pakai tali tape nih.. nnt dah pindah umah baru nk active menjahit semula..wohoo terasa sangat poyo.. tapi serius cam nk attend another class how to make baju kurung or skirt or jubah..walau pon dulu pandai buat baju kurung (diulangi baju kurung sahaja hihi) tapi dh bertahun ku tinggalkan huhu..

Sunday, April 15, 2012

Dua Puluh Sen

Catatan ini saya terbaca di wall fb salah seorang fren saya.. Subhanallah.. tersentap sekejap membacanya.. semoga boleh dijadikan panduan :-)


Sahabatfillahku semua...
Suatu Peringatan :: DUA PULUH SEN ::

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah di panggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni... Kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh tauladan yang baik...
by: Tinta Khalifah

Saturday, April 14, 2012

Stoking Kaki

nak tanya wanita2 islam yg x berapa nak solehah.. bila kali terakhir anda pakai stoking? waktu sekolah kut..tu pon sbb wajib pakai :-) ini lah antara perkara yg paling susah saya nak buat..dh lama berazam nak pakai stoking kuar umah..siap beli stoking 4-5 psg lagik..tp pakai sehari pastu sumer sudah ke laut .. smlm cuba lgk pakai pg opis.. nk g toilet tanggal jap.. pastu terus lupa nk pakai.. itulah yg jdk apabila perkara yg wajib tidak diambil endah kemudian menjadi kebiasaa.. semoga Allah membantu saya untuk memperbaiki diri.. amin.

nih sedikit artikel berkenaan aurat wanita .. terbaca drpd artikel yg di post oleh kak pah kt fb pg nih :[)


SUNDAY, APRIL 8, 2012

Adakah Kaki Merupakan Aurat Wanita?

Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)

Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan
 menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)

Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)

Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:

1. Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.

2. Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.

3. Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.

4. Darurat.

Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?

Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:

Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.

Sumber: Syahirul(Koleksi Bicara Agama Melayukini.net)
 

Monday, April 9, 2012

Topi Kait

Topi kait Rayyan lom siap..ngeh ngeh ngeh..sori lah rayyan.. mak ngah ko nih cita2 tinggi.. dalam hidup dia macam2 yg dia nak buat.. so hasil nyer..topi rayyan kene dibuka semula selepas kebesaran nya ditakuti melampau batasan dan ditakuti juga topi ini menyerupai topi seorang budak pompuan  hehe..inilah hasil yg belom siap lagik :-)


Terjumpa pulak patern nih kt fb.. so simpan jek lah dalam blog nih.. kut2 nnt nak buat kan :-) credit to D' Knit for this pattern.. :-)



Sunday, April 8, 2012

Niat dalam hati 8 perkara ketika berwuduk

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
 
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
... "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".