Wednesday, June 23, 2010

Peraduan Mengulas Buku PTS!!

Saya terjumpa sesuatu yang menarik hari ini di laman fb PTS. Peraduan mengulas buku PTS!!! Sangat2 teruja..saya memang penggemar buku-buku keluaran PTS dan dah banyak memiliki buku-buku keluarannya…tapi bila tgk kategori yang dipertandingkan...nampaknya saya tiada dalam kategori2 itu…biasanya saya akan beli buku-buku dalam kategori agama jek..mungkin inilah masanya untuk saya mula mencari buku dalam kategori lain pulak..adakah Novel Dewasa?? Ermm..tiba-tiba saya dibayangi oleh novel ‘ketika cinta bertasbih’ :D..ok sesiapa yg berminat nak join peraduan nih..silalah ke laman web pts.. www.pts.com.my.. Selamat mencuba :).

Roziyah — 23 Jun 2010 1:02 PM

Anda peminat tegar buku terbitan PTS? Anda memiliki koleksi buku PTS yang bertimbun-timbun di rumah?

Mari kongsikan pendapat, komen, perasaan anda terhadap buku PTS yang sudah anda baca.

Sertai Peraduan Mengulas Buku PTS bermula 27 Jun hingga 31 Julai 2010 ini.
12 pemenang akan dipilih pada setiap minggu berdasarkan 4 kategori ulasan buku. Hadiah berupa buku-buku terbitan PTS menanti pemenang. PTS juga menyediakan 3 hadiah istimewa kepada pengulas yang paling banyak mengulas buku-buku PTS sepanjang peraduan ini.

Cara menyertai peraduan ini sangat mudah. Anda cuma perlu lawati laman web PTS di www.pts.com.my. Kemudian, cari buku yang ingin diulas dan tulis ulasan anda di ruang yang disediakan.

Tunggu apa lagi? Sertailah peraduan julung-julung kali diadakan ini dan jadilah salah seorang daripada 60 orang pemenang hadiah mingguan.

Tempoh Peraduan
Peraduan berlangsung selama 5 minggu bermula dari 27 Jun - 31 Julai 2010. Tarikh ulasan mengikut minggu seperti berikut:

Minggu Pertama : 27 Jun-3 Julai
Minggu Kedua : 4-10 Julai
Minggu Ketiga : 11-17 Julai
Minggu Keempat: 18-24 Julai
Minggu Kelima : 25-31 Julai

Kategori Ulasan Buku
Novel Remaja & Kanak-kanak
Novel Dewasa
Komik
Bukan Fiksyen

No comments:

Post a Comment