Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya membaca buku Biografi Muhammad bin Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi sehigga mukasurat terakhir. Saya sangat risau sekiranya saya mengambil masa yang lama untuk menghabiskan buku ini atau langsung tidak dapat menghabiskan buku ini dek kerana bosan dengan penceritaan yang agak berunsurkan sejarah. Nampaknya penulis telah berjaya menulis kisah Rasulullah ini seperti sebuah novel yang kadang-kala membuatkan saya terlupa yang saya sedang membaca sebuah sejarah.
Saya agak tidak bersetuju kalau ada yang mengatakan buku ini lebih sesuai dibaca oleh mereka yang baru belajar berkenaan islam atau baru mengenali nabi. Bagi saya, ramai golongan muda – mudi dan pertengahan, atau mungkin juga golongan veteran yang mempunyai latar pendidikan agama yang baik sudah terlupa atau masih tidak tahu kesinambungan perjalanan kisah hidup Rasulullah. Walaupun kisah-kisah di dalam buku ini sudah acapkali didengari sejak zaman sekolah dahulu lagi, tetapi kisah-kisah ini memang tidak dapat untuk saya menyusunnya dengan baik sebelum saya membaca buku ini.
Setelah tamat membaca buku ini, saya akui ia ditulis secara teratur dan mengikut peristiwa secara berturut-turut. Ia begitu menggambarkan satu perjalanan kehidupan baginda Rasulullah SAW. Kalau dulu saya hanya mengetahui cebisan demi cebisan kisah-kisah Rasulullah sahaja tanpa mengetahui bila peristiwa itu berlaku, kisah mana yg dahulu berlaku dan mana yang kemudian, cebisan-cebisan kisah itu saya temui semula di dalam buku ini dengan susunan yang betul. Sehinggakan kadang-kadang sampai terdetik di hati saya ‘Owh! Begini ke kisah sebenarnya?’.
Penulis juga menggunakan gaya bahasa yang mudah untuk difahami. Tidak perlu membaca berulang kali untuk menggambarkan keadaan ketika itu. Membaca buku ini telah mengembalikan ingatan saya terhadap kisah-kisah Rasulullah yang telah saya pelajari ketika zaman persekolahan dulu. Malah ianya dihayati dengan lebih baik melalui buku ini. Tentang kisah sebelum kelahiran baginda, ketika kelahiran dan setelah kelahiran baginda kembali segar selepas membaca buku ini. Juga kisah-kisah peperangan pada zaman baginda dan perjanjian-perjanjian yang berlaku. Melalui buku ini juga saya mula mengenali sahabat-sahabat Rasulullah, isteri-isteri dan anak-anak banginda. Juga sahabat-sahabat yang syahid dan dijanjikan syurga kepada mereka.
Beberapa kisah dalam buku ini juga memberikan saya kefahaman tentang penurunan beberapa ayat-ayat Al-Quran. Kenapa ia diturunkan, bagaimana, bila dan di mana. Bab-bab terakhir pula adalah bab yang paling sedih apabila baginda Rasullullah telah menyempurnakan tugas baginda sebagai Rasul Allah. Ketika kewafatan baginda, saidina Umar tidak dapat menerima tentang kewafatan baginda, dan bagaimana pula saidina Abu Bakar dilantik menjadi pengganti baginda Rasulullah SAW. Teringat pula baris-baris lirik lagu nayid nyanyian kumpulan In-Team baertajuk ‘Pemergianmu’ yang saya jumpa di internet menceritakan tentang kesedihan Umar ketika kewafatan Rasulullah SAW.
‘..Oh sukarnya untuk umat menerima..Bahkan payah untuk Umar percaya..’

Kalau lah saya tidak membaca buku ini, tentu saya tidak akan memahami apa yang cuba disampaikan oleh kumpulan nasyid In-Team ini tentang bertapa sedihnya Umar ketika kewafatan baginda
Mungkin satu kelebihan juga kerana saya telah pun menunaikan umrah dan diberi rezeki oleh Nya untuk melawat beberapa tempat bersejarah seperti Madinah, Mekah, Taif dan Al-Hijr atau perkampungan nabi Salleh yang telah dilaknat Allah, menjadikan saya lebih mudah faham dan mendapat gambaran yang lebih jelas dengan apa yang saya baca. Kisah penghijrahan baginda daripada Mekah dan Madinah bukanlah sesuatu yang mudah kerana jarak perjalanan antara Mekah dan Madinah pada zaman sekarang pun mengambil masa kira-kira 6 jam perjalanan, apatah lagi pada zaman Rasulullah SAW.
Ucapan terima kasih kepada penulis kerana telah mengingatkan saya tentang sesuatu yang tidak patut saya lupa. Sesungguhnya banyak pengetahuan yang saya dapat daripada membaca buku ini..Alhamdulillah. Saya pasti buku ini tidak jemu untuk dibaca berulang kali.
Note: Ulasan ini memenangi tempat pertama peraduan mengulas buku PTS minggu pertama bagi kategori Non-Fiksyen.
No comments:
Post a Comment