Tuesday, May 25, 2010

Semester baru datang lagi.

Dah lama tak update entry..bz..sem mei 2010 baru bermula..so kena review subject yg nak diajar..ingatkan x ada slot untuk sem mei ni.. rupanya ada jugak student register.. alhamdulillah dapat subject sem lepas.. computer programming.. guna C language.. dah ajar sem lepas..beza nya sem lepas ajar student diploma tapi sem ni ajar student degree pulak..tapi x apalah..lebih 2-3 topik je dr sem lepas..

Ingatkan sem ni nak cuti berehat..berenti mengajar untuk satu sem..tapi tiba2 teringat plak kata2 pak kiai lutfi dlm cerita KCB (ketika cinta bertasbih) masa dia suruh azam sampaikan isi kitab al-hikam.."kalo kamu engak mau..ertinya kamu menyembunyikan ilmu itu.." ..ter'motivasi' lah pulak dgn kata2 pak kiai lutfi..saya pon terima je lah tawaran mengajar untuk sem mei ini..walau pun ilmu saya tu ilmu dunia ajer..tapi hukumnya tetap fardhu kifayah kan..insyaAllah.


Sem ni first time saya ajar student perempuan..first tutorial nampak macam ok..harap2 ok lah sampai last tutorial..maklumlah..ajar part-time student nih byk sangat bezanya drpd ajar full-time student..byk sangat excuse yg nak kene consider..k lah entry ni x cerita pasal buku pon..tapi tetap berkaitan dgn buku sbb saya kena review balik buku C Programming Language..huhu.

Monday, May 17, 2010

Alangkah indahnya hidup ini .. Part I

“Alangkah indahnya hidup ini..andai dapat kutatap wajahmu..kan pasti mengalir airmata ku..kerna pancaran ketenangan mu…”- ini lagu raihan.. first time dengar lagu nih masa bertolak meninggalkan madinah menuju ke mekah..dinyanyikan oleh mutawif umrah group kami...dah balik Malaysia baru tau lagu ni sebenarnya lagu raihan..tu pon kebetulan terdengar siti nurhaliza nyanyi lagu ni kat radio klasik nasional masa nak dekat2 maulidur rasul ari tu..terasa diri tersangat lah ‘ngoks’ ketika itu..nampak sangat bukan penggemar lagu nasyid..x apalah.. at last saya tau jugak..alhamdulillah Allah memberi saya petunjuk.

Tetiba pulak menyanyi..nak cerita pasal apa ek?? Lagu ini berkisahkan tentang cinta kepada Rasulullah SAW. So saya nak cerita tentang buku yg saya sedang baca skrg nih.. Biografi Muhammad bin Abdullah - Perjalanan hidup seorang nabi…penulisnya Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd.Rahman. memang dah lama saya nak baca buku tentang Rasulullah..dan sudah banyak version yg saya jumpa..tapi akhirnya saya pilih buku ini.. saya beli buku ni di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010.. harga sebenar buku ini ialah RM 35….hard cover..tapi masa saya beli tu ada diskaun 25%..so dpt lah beli dengan harga RM 26.25 …Alhamdulillah rezeki saya :)….saya pilih buku ni bukanlah sbb ada diskaun..tapi sbb saya nak baca buku tentang Rasullulah sampai habis..so saya kena betul2 pilih buku tentang baginda supaya saya x boring bila membaca kisahnya.. Alhamdulillah..bila saya baca buku ini..saya boleh mengangap seperti saya sedang membaca sebuah novel..dan ia membuatkan saya terus ingin membacanya..

Tak tau nak mula dari mana ye..sebenarnya belom habis pon baca buku nih..baru jek masuk bab 5..tapi bab 1,2,3 dan 4 dah macam ala2 hingat x hingat jek..maklumlah hidup saya ni agak duniawi sikit..tiap2 hari stress dengan kerja (kononnya lah)..so saya rasa lebih baik saya mula dulu entry dengan bab-bab yg telah saya baca..nnt x lah susah sgt saya nk ingat apa yg saya dah baca sblm ni..dan saya namakan entry ini sebagai Part I.

Buku ini dimulakan dengan kisah sebelum kelahiran Rasullullah iaitu semasa nabi Ibrahim yg berasal dari Palestin diperintahkan untuk meninggalkam siti hajar dan anak mereka nabi ismail di suatu tempat bernama Mekah…kemudian diikuti dengan sejarah wujudnya telaga zamzam..kedatangan kaum Jurhum ke Mekah..pembinaan semula kaabah oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail..dan bagaimana nabi Ibrahim diperintahkan Allah membuat seruan kepada manusia supaya datang menziarahi kaabah…

Ketika nabi Ibrahim diperintahkan untuk membuat seruan kepada semua manusia untuk datang menziarahi kaabah, beliau menyatakan kebimbangannya sekiranya seruannya tidak didengar oleh semua manusia.

Ibrahim berkata, “Wahai Tuhan! Bagaimana suara aku boleh sampai kepada pendengaran semua manusia?” Tuhan menegaskan bahawa tugas nabi Ibrahim hanyalah menyeru manakala Dialah yang akan menyampaikan kepada manusia. Subhanallah. Yang menyeru adalah nabi Ibrahim dan didengari seluruh umat manusia tetapi yg menyampaikan kepada kita adalah Allah. Cuba bayangkan kalau seruan itu tidak sampai kepada kita..maka seumur hidup kita ini..tiada lah istilah ziarah ke kaabah… semoga kita semua menjadi orang yg dipilih oleh Nya untuk menziarahi baitullah. Amin.

Dalam bab 1 buku ini kemudian menceritakan bagaimana asal kewujudan amalan penyembahan berhala dengan kedatangan suku khuzaah yg menyerang suku Jurhum dan menghalau mereka keluar dari Mekah. Seorang lelaki bernama Amru bin Lu’ayy daripada suku khuzaah adalah orang pertama yang memperkenalkan amalan penyembahanan berhala di Mekah. Diikuti dengan sejarah bertapaknya agama yahudi dan kristian di Semenanjung Arab. Juga kisah Abrahah yang mahu meruntuhkan kaabah. Peristiwa ini disebut di dalam al-Quran surah al-Fil.

Suku khuzaah memerintah Mekah selama 500 tahun sehingga kedatangan Qusai bin Qilab daripada keturunan Ismail yang mengahwini anak perempuan Hulail iaitu ketua Mekah dan ketua suku khuzaah pada masa itu. Setelah kematian Hulail maka bermulalah usaha2 Qusai yang akhirnya berjaya mengembalikan semula mekah kepada keturunan Ismail.

Salah seorang anak Qusai ialah Abdul Manaf. Antara anak2 Abdul Manaf pula ialah Mutallib dan Hasyim. Hasyim mempunyai anak yang bernama Syaibah daripada isterinya yg bernama Ummu Hasyim. Hasyim meninggal dunia ketika Syaibah masih kecil. Syaibah kemudian dipelihara oleh ibunya yang tinggal di luar Mekah. Apabila Syaibah remaja, Mutallib ingin mengambil anak saudaranya iaitu Syaibah untuk di bawah pulang ke Mekah. Ketika sampai di Mekah, penduduk Mekah melihat Mutallib membawa seorang budak remaja di belakangnya dan menyangka budak itu adalah hamba yang baru dibeli oleh Mutallib. dari situ lah Syaibah digelar Abdul Mutallib yang bermaksud hamba Mutallib. Dialah Abdul Mutallib datuk kepada Rasullullah SAW yang nama sebenarnya adalah Syaibah.

Buku ini juga menceritakan tentang sejarah Abdul Mutallib menggali zamzam yang telah hilang sejak Mekah dirampas oleh suku Khuzaah. Pada ketika itu, Abdul Mutallib yang mewarisi kemuliaan siqayah iaitu memberi minum kepada jemaah haji daripada keturunan Quraisy terpaksa mengambil air dari luar Mekah untuk diberi kepada jemaah haji. Abdul Mutallib telah diberi petunjuk dalam mimpi2nya tentang tempat di mana telaga zamzam yang sebenar sehingga dia berjaya menemui telaga zamzam yang wujud sehingga kini.

Kisah diteruskan dengan bagaimana Abdul Mutallib mahu melaksanakan nazarnya untuk menyembelih salah seorang anak lelakinya yang kemudian digantikan dengan 100 ekor unta betina. Undian dibuat untuk menentukan siapa di antara anak2 lelakinya yang bakal dipilih menjadi korban. Undian yang dibuat terkena kepada anak kesayangannya iaitu Abdullah, bapa kepada Rasullullah SAW. Sehinggakan nabi Muhammad pernah menyebut, ‘aku ini anak kepada dua orang yang hendak disembelih’..yang pertama nabi Ismail dan yang kedua Abdullah, ayah baginda sendiri. Setelah dewasa, Abdullah telah dikahwinkan dengan Siti Aminah binti Wahab daripada keturunan suku Abdul Manaf. Kedua ibu bapa nabi Muhammad adalah daripada keturunan Qusai bin Kilab yang juga daripada keturunan Ismail. Ini meletakkan nabi Muhammad bin Abdullah sebagai orang yang berketurunan paling mulia dan bangsawan.

Wahh!! Buku yang tebal dan entry yang panjang….terpaksa mangambil masa utk review bab2 yg sudah dibaca…biasalah kisah sejarah terlalu banyak yg nak kena diingat.. :) ..blom abis lagi ni..itu baru kisah sblm kelahiran Rasulullah..masih panjang lagi kisah Rasulullah SAW…saya sambung di entry yg lain insyaAllah.

Wednesday, May 12, 2010

“Mas..namanya siapa?”.. “Abdullah”

Antara dialog yg saya sgt suka dalam buku ini :)..inilah novel cinta pertama yg saya baca selepas zaman persekolahan saya..memang dah lama sangat x baca novel cinta..saya ‘terbeli’ buku ni masa saya sedang mencari satu buku rujukan untuk student saya..tapi buku rujukan x jumpa..terjumpa pulak novel ni..dah terjumpa terbeli lah pulak..tapi saya x menyesal sebab memang cerita nya best..al-maklumalah..penulis dia pon dah cakap novel ni novel pembangun jiwa..mmg betul..rasa bagaikan jiwa dimangkin2 je masa baca novel ni hehe…kepada sesiapa yang mau bercinta atau melamar sesorang dan mahu ianya berlandaskan tatasusila dan agama..banyak tips2 untuk anda dalam novel ini :).

Opps lupa pulak nak bagitau tajuk novel ni .. tajuk nya ‘ketika cinta bertasbih’..ditulis oleh penulis dari Indonesia iaitu habiburrahman..novel ni ada 2 bahagian.. bahagian 1 dan bahagian 2..novel yang saya beli ni dah combine kedua2 bahagian ni..dan ia sangat tebal!!!.. lagi tebal daripada al-Quran (penah tulis kt status fb saya)..harga nya juga mahal untuk sebuah novel..ishkk x tau lah camna cik yg agak kedekut nk keluarkan duit membeli novel cinta boleh beli novel ini dengan harga RM70!!! Mmg betul2 unbelievable hehe..Walaubagaimana pun terdapat juga versi dimana kedua2 bahagian ini diasingkan menjadi dua buah novel…murah sikit lah harganya.

Ok kita cerita pasal novel ni lah plak..ermm camne nak citer ek?? Novelnya tersangat lah tebal..nak cerita kat ruangan entry yg pendek ni lah pulak..x per lah saya citer sikit2 jek lah ek..selebihnya kalau korang nak tau..korang baca lah sendiri..kalau ada kesempatan saya akan menyambung cerita pasal novel ini di entry yang lain..oo ya..novel ni sudah difilemkan..download jek dr youtube kalo nk tengok filem nya..tp saya cakap awal2 lah yer…baca novel nya jauh lagi best drpd menonton filemnya..

Saya kagum dengan penulis novel ini..dia berjaya menggambarkan keadaan di mesir..sehingga suasana itu terasa hidup di dalam novelnya..novel ini berkisarkan kehidupan pelajar Indonesia di mesir dan penulis berjaya menghidupkan watak2 pelajar2 indonesia yang bg saya sgt survivor hidup di negara org.. dan juga paparan zaman bercinta pelajar universiti yg memendam hati dan perasaan..khitbah mengkhitbah..ada yg cintanya kesampaian dan ada yg tidak..dengan cara yg bg saya sangat islamik..terasa watak2 dalam novel ini sangat lemah lembut..berbudi bahasa..hormat menghormati..hero dia mas azzam tu tiap2 malam bangun buat solat malam wa cakap lu..subhanallah…beruntung betul si anna alfatunnisa..hihi (mulalah nk ngarut2 nih)

Kisah kehidupan di mesir kemudian bersambung di Indonesia setelah masing2 tamat pengajian..di Indonesia penulis sekali lagi berjaya menggambarkan kisah kehidupan di pasentren (kalau kt Malaysia sekolah pondok agaknya) yg dikendalikan oleh pak kiai..dan ilmu2 yang disampaikan kepada umum berdasarkan kitab2 tertentu..saya tertarik dengan satu bahagian di dalam novel ini di mana ketika mas azzam menyampaikan ilmu di pasentren wangen ianya ditulis dengan terperinci apa yg disampaikan di dalam majlis ilmu itu..kebetulan saya juga telah menonton filem ini yg didownload daripada internet..bahagian ini tidak dipertontonkan dgn jelas..dan byk lagi tidak terdapat di dalam filemnya.

Dan part yg saya rasa paling best apabila mas azzam memulakan usaha-usahanya untuk mencari jodoh…x dapat cari lagi..dan cari lagi..dan lagi…sehingga dia meminta pertolongan pak kiai sebagai org tengah mencarikan jodoh untuknya..teringat pulak kisah saiful islam bagaimana dia bertemu jodoh dengan isterinya yg pernah saya baca di blog beliau.

Bila baca novel ini hati seperti berbunga2..dan skrg saya sangat suka dengan lagu temanya …ketika cinta bertasbih.. nyanyian melly goslow dan amie.

Mari kita dengar lagu tema untuk novel dan filem ini

P/S : Saya sgt suka cara mas azzam mencari jodoh..terus terang aja..kan senang hahah..

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu!!

Esok hari ibu.. terasa macam nak bercerita tentang buku pasal ibu yg meninggalkan kesan mendalam dlm diri saya. Tajuk nya ‘Dahsyatnya Doa Ibu’-Syamsuddin Noor. Buku ni murah jek..RM14.90 jek. Saya beli sebab nak memotivasikan diri tentang macamana nak istiqomah dlm berdoa. Supaya x jemu berdoa dan tidak merasakan doa2 saya tidak dimakbulkan. Masa saya baca buku ni saya baca dengan penuh emosi. Meleleh2 airmata masa baca buku ni macam tgk citer Hindustan plak. Buku ni memberi saya banyak sangat pengajaran tentang menjadi anak yang baik dan juga ibu yang baik untuk anak-anak.

Sebenarnya apa yang terkandung dalam buku ini adalah perkara2 asas sahaja. Perkara yang dah lama saya tahu. Tentang kelebihan berdoa..doa ibu yang dimakbulkan Allah. Tentang peranan anak2 kepada ibu bapa..dan peranan ibu bapa kepada anak2. Tetapi ia diselitkan dengan cerita2 yang membuat saya berfikir dengan lebih mendalam lagi. Saya jumpa apa yg saya cari dalam buku ini..iaitu keyakinan untuk terus berdoa…secara istiqomah. Ia sangat2 memotivasikan diri saya.

Berdoa adalah ibadah. Kalau lah doa saya tidak dimakbulkan..sekurang2 nya saya mendapat pahala beribadah insyaAllah. Berdoa juga adalah perintah Allah. Seperti yang dinyatakan dalam surah al-mukminun, ayat 60 “Tuhanmu berkata,’Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan bagimu’”. Itulah antara motivasi yg saya dapat drpd membaca buku ini.

Terpesonglah pulak citer kite ni..sempena hari ibu nak lah bercerita pasal ibu kan..macamana dahsyatnya doa ibu..kita pon dah biasa sangat dengar cerita2 berkenaan dengan anak derhaka..macam kisah tanggang..kisah alqomah..kisah juraij..yang mana kerana derhaka..ibu mereka mendoakan mereka sehingga mereka ditimpa musibah...

itu kisah ibu yg mendoakan musibah kepada anak derhaka..bagaimana pula kisah ibu yg baik yg mendoakan yg baik2 untuk anak2 mereka yg derhaka pula..teringat pula satu kisah yang selalu sangat saya dengar masa zaman sekolah2 dulu..tapi dh lama saya lupa sehingga saya baca semula buku ini....kisah nya adalah tentang Adi dan Amin..dua beradik yang mempunyai perwatakan sgt berbeza..Adi sangat jahat..manakala Amin adalah anak yang soleh..ibu Adi tidak mampu melakukan apa2 lagi selain memohon dan berdoa kepada Allah semoga anaknya Adi mendapat hidayah dan kembali ke jalan yang lurus…doa ibu mereka dimakbulkan..sayangnya ibu mereka terlupa untuk mendoakan Amin supaya tetap taat dan istiqomah..sehingga Adi meninggal dalam keadaan yang sudah berubah menjadi baik dan Amin pula meninggal dalam keadaan sebaliknya..pengajaran untuk ibu2 semua..doa lah untuk semua anak2 tidak kira sebaik mana dan seburuk mana mereka. “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya” –Hadis laporan al-Dailami.

Dalam buku ini juga menerangkan bagaimana caranya untuk terus berbakti kepada kedua orang tua yang sudah tiada..buku yg sangat sesuai dibaca oleh anak2 yang masih mempunyai ibu bapa..untuk ibu bapa yang mempunyai anak2 dan untuk anak2 yang sudah kehilangan orang tua.

Terima kasih kepada penulis kerana telah menyedarkan saya tentang perkara yang saya rasa tahu tapi rupanya tidak..ibu bapa memiliki kedudukan yg mula di sisi Allah sehingga di dalam beberapa ayat al-Quran (surah al-baqarah,ayat 83, surah an-nisak,ayat 36, surah al-israk,ayat 23) perintah untuk memuliakan mereka sama dengan perintah mengesakan Allah...subhanallah..bertapa mulia nya mereka..dan bertapa beruntungnya mereka yg menjadi ibu bapa kerana dpt menjadi org yg mulia di sisi Allah.

Semoga kita semua akan tetap menjadi anak yang baik..ibu bapa yang baik..untuk mak saya ..selamat hari ibu!

Wednesday, May 5, 2010

Konsisten Cik Konsisten!!

Saya dah agak perkara ini akan berlaku juga hehe. Baru buat satu entry dah malas nak tulis untuk entry2 seterusnya. Cik..kuatkan hati kamu untuk menulis..u can do it!! Hehe. Nanti kalau tiba2 ada orang suruh buat karangan, x adalah ternganga2 x tau nak start dr mana. Lepas ni blaja plak buat entry dengan bahasa yg lebih formal. Wah!! Kelas gitu! Cik dh jdk penulis wakaka..tetiba je rasa cam lawaks lah pulak..mana x nya..biasanya duk tulis coding jek..kali ni tulis pasal menda lain lah plak..teringat masa zaman sekolah2 menengah dulu..i pernah tulis cerpen u..jgn x tau..hehe..tp itu dulu tulis suka2 jek..siap ada fans lagi..hahaha.. skrg nak mengasah bakat semula lah konons..best jugak sekali sekala buat benda yang diluar kebiasaan ni :)…tp kene maintain..jgn separuh jalan jek(motivasi untuk diri sendiri)..ini jugaklah yg ditekan oleh ani nadila dlm buku dia tu (see..dlm buku pon cakap camtu :).

Ok tujuan blog pon dh ada. Kalau berpandukan buku ani adila dalam entry sebelum ni, blog saya ni boleh dimasukkan dalam kategori untuk kepuasan diri sendiri, minat & ilmu (moga2 ilmu yg bermanfaat insyaAllah)...dan emosi pon adalah kut sikit2 (kalo x ada emosi x ada feeling lah kan :P)..x ada feeling x best jugak kan..hihi).. dalam buku sebelum ni saya dah cakap yg saya akan tulis pasal buku2 yg saya baca..bunyinya macam dah banyak jek buku yg saya bacakan..sebenarnya x lah banyak pon..minat nk baca buku ni p on sebenarnya baru lagi..lepas balik umrah bln jan baru2 ni..minat baca buku semakin menjadi2...dan ada sedikit penyesalan jugak lah..kenapa x mula membaca sebelum pegi umrah..buku pasal mekah pon x habis baca sebelum berangkat ke sana..dengan alasan sibuk..ntah apa yg saya sibukkan masa tu pun x tahu..ermm. x apalah itu dulu..skrg saya sudah mula membaca..

Kategori buku2 yg saya baca nih pun bermacam2..dlm bahasa yg agak kasar.. “suka hati saya lah kan nak beli buku apa pon..duit saya” hehe. Kebanyakan buku yang saya baca agak islamik sikit lah..buku2 motivasi dan juga novel2 pembangun jiwa (bukan sebarang novel nih)..dan buku2 ni agak senang untuk dicari..sebab kebanyakan nye saya beli di MPH jek…mungkin anda juga pernah membaca buku2 ini atau kita membaca buku yang sama..tetapi kita menterjemahkannya dari persepsi/sudut yang berbeza2..inilah yg saya nak kongsikan bersama di sini..semoga saya juga x lupa dengan apa yang saya dah baca. Ok selamat membaca untuk anda semua..dan selamat berentry untuk saya :D.

Saturday, May 1, 2010

Assalamualaikum :)

Testing..testing..

Alhamdulillah..akhirnya tercipta juga blog yang saya idam-idamkan ni..dh lama plan nak buat blog sendiri..tp selalu duk pikir..kalo ada blog sendiri apa yg nk ditulis nnt?.. nak tulis cerita diri sendiri cam x menarik je..

Ada apa dengan Blog? Best sangat ke blog?? antara ayat2 menarik yg saya jumpa dalam buku yang dibeli masa pegi KL international book fair 2010 hari tu..tajuknya 'A-Z Blog! Tip untuk blogger wanita'-ani nadila yusof-.. oleh kerana memang dah ada keinginan nak memiliki blog sediri..so belilah jugak buku tu..beli pon bukan sebab x tau camner nk bukak akaun blog nih..tp sebab x tau apa nk letak kat dlm blog ni nnt..x rugi beli sbb saya jumpa 10 tujuan blog yg dinyatakan oleh penulisnya dalam buku ni.. blogging untuk kepuasan sendiri/emosi, ekonomi, portfoloio, komunikasi, kenalan, minat, ilmu,hiburan,politik dan komersial diri.. dan dalam sepuluh tu..saya x tau blog saya nih tergolong dalam golongan yang mana satu..




apa2 pon..buku ani nadila ni dh beri inspirasi untuk saya blogging tentang satu perkara.. -BUKU-..oleh kerana minat terbaru saya adalah membaca buku ..saya akan mulakan blogging tentang buku2 saya..buku2 saya ni bukanlah buku yang saya karang..tp buku2 yg saya baca dan miliki..semoga saya x boring dan anda juga x boring..sebab ianya kelihatan agak skema hehe.

wahh!! saya sudah jadi blogger!! suka suka suka!! :D