Esok hari ibu.. terasa macam nak bercerita tentang buku pasal ibu yg meninggalkan kesan mendalam dlm diri saya. Tajuk nya ‘Dahsyatnya Doa Ibu’-Syamsuddin Noor. Buku ni murah jek..RM14.90 jek. Saya beli sebab nak memotivasikan diri tentang macamana nak istiqomah dlm berdoa. Supaya x jemu berdoa dan tidak merasakan doa2 saya tidak dimakbulkan. Masa saya baca buku ni saya baca dengan penuh emosi. Meleleh2 airmata masa baca buku ni macam tgk citer Hindustan plak. Buku ni memberi saya banyak sangat pengajaran tentang menjadi anak yang baik dan juga ibu yang baik untuk anak-anak.
Sebenarnya apa yang terkandung dalam buku ini adalah perkara2 asas sahaja. Perkara yang dah lama saya tahu. Tentang kelebihan berdoa..doa ibu yang dimakbulkan Allah. Tentang peranan anak2 kepada ibu bapa..dan peranan ibu bapa kepada anak2. Tetapi ia diselitkan dengan cerita2 yang membuat saya berfikir dengan lebih mendalam lagi. Saya jumpa apa yg saya cari dalam buku ini..iaitu keyakinan untuk terus berdoa…secara istiqomah. Ia sangat2 memotivasikan diri saya.
Berdoa adalah ibadah. Kalau lah doa saya tidak dimakbulkan..sekurang2 nya saya mendapat pahala beribadah insyaAllah. Berdoa juga adalah perintah Allah. Seperti yang dinyatakan dalam surah al-mukminun, ayat 60 “Tuhanmu berkata,’Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan bagimu’”. Itulah antara motivasi yg saya dapat drpd membaca buku ini.
Terpesonglah pulak citer kite ni..sempena hari ibu nak lah bercerita pasal ibu kan..macamana dahsyatnya doa ibu..kita pon dah biasa sangat dengar cerita2 berkenaan dengan anak derhaka..macam kisah tanggang..kisah alqomah..kisah juraij..yang mana kerana derhaka..ibu mereka mendoakan mereka sehingga mereka ditimpa musibah...
itu kisah ibu yg mendoakan musibah kepada anak derhaka..bagaimana pula kisah ibu yg baik yg mendoakan yg baik2 untuk anak2 mereka yg derhaka pula..teringat pula satu kisah yang selalu sangat saya dengar masa zaman sekolah2 dulu..tapi dh lama saya lupa sehingga saya baca semula buku ini....kisah nya adalah tentang Adi dan Amin..dua beradik yang mempunyai perwatakan sgt berbeza..Adi sangat jahat..manakala Amin adalah anak yang soleh..ibu Adi tidak mampu melakukan apa2 lagi selain memohon dan berdoa kepada Allah semoga anaknya Adi mendapat hidayah dan kembali ke jalan yang lurus…doa ibu mereka dimakbulkan..sayangnya ibu mereka terlupa untuk mendoakan Amin supaya tetap taat dan istiqomah..sehingga Adi meninggal dalam keadaan yang sudah berubah menjadi baik dan Amin pula meninggal dalam keadaan sebaliknya..pengajaran untuk ibu2 semua..doa lah untuk semua anak2 tidak kira sebaik mana dan seburuk mana mereka. “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya” –Hadis laporan al-Dailami.
Dalam buku ini juga menerangkan bagaimana caranya untuk terus berbakti kepada kedua orang tua yang sudah tiada..buku yg sangat sesuai dibaca oleh anak2 yang masih mempunyai ibu bapa..untuk ibu bapa yang mempunyai anak2 dan untuk anak2 yang sudah kehilangan orang tua.
Terima kasih kepada penulis kerana telah menyedarkan saya tentang perkara yang saya rasa tahu tapi rupanya tidak..ibu bapa memiliki kedudukan yg mula di sisi Allah sehingga di dalam beberapa ayat al-Quran (surah al-baqarah,ayat 83, surah an-nisak,ayat 36, surah al-israk,ayat 23) perintah untuk memuliakan mereka sama dengan perintah mengesakan Allah...subhanallah..bertapa mulia nya mereka..dan bertapa beruntungnya mereka yg menjadi ibu bapa kerana dpt menjadi org yg mulia di sisi Allah.
Semoga kita semua akan tetap menjadi anak yang baik..ibu bapa yang baik..untuk mak saya ..selamat hari ibu!
Setiap orang mempunyai cerita mereka sendiri.. dan ini cerita saya.. ~Apa yang anda baca di sini hanya catatan dan koleksi blogger sahaja~
Saturday, May 8, 2010
Selamat Hari Ibu!!
Labels:
Books
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
suke2..suke...hehehe...best2...nanti wat ulasan utk Biografi Muhammad bin Abdullah la yerk...i tgu tau..:)- from putrajya wiz Luv _ieNa@Na
ReplyDelete