“Alangkah indahnya hidup ini..andai dapat kutatap wajahmu..kan pasti mengalir airmata ku..kerna pancaran ketenangan mu…”- ini lagu raihan.. first time dengar lagu nih masa bertolak meninggalkan madinah menuju ke mekah..dinyanyikan oleh mutawif umrah group kami...dah balik Malaysia baru tau lagu ni sebenarnya lagu raihan..tu pon kebetulan terdengar siti nurhaliza nyanyi lagu ni kat radio klasik nasional masa nak dekat2 maulidur rasul ari tu..terasa diri tersangat lah ‘ngoks’ ketika itu..nampak sangat bukan penggemar lagu nasyid..x apalah.. at last saya tau jugak..alhamdulillah Allah memberi saya petunjuk.
Tetiba pulak menyanyi..nak cerita pasal apa ek?? Lagu ini berkisahkan tentang cinta kepada Rasulullah SAW. So saya nak cerita tentang buku yg saya sedang baca skrg nih.. Biografi Muhammad bin Abdullah - Perjalanan hidup seorang nabi…penulisnya Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd.Rahman. memang dah lama saya nak baca buku tentang Rasulullah..dan sudah banyak version yg saya jumpa..tapi akhirnya saya pilih buku ini.. saya beli buku ni di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010.. harga sebenar buku ini ialah RM 35….hard cover..tapi masa saya beli tu ada diskaun 25%..so dpt lah beli dengan harga RM 26.25 …Alhamdulillah rezeki saya :)….saya pilih buku ni bukanlah sbb ada diskaun..tapi sbb saya nak baca buku tentang Rasullulah sampai habis..so saya kena betul2 pilih buku tentang baginda supaya saya x boring bila membaca kisahnya.. Alhamdulillah..bila saya baca buku ini..saya boleh mengangap seperti saya sedang membaca sebuah novel..dan ia membuatkan saya terus ingin membacanya..
Tak tau nak mula dari mana ye..sebenarnya belom habis pon baca buku nih..baru jek masuk bab 5..tapi bab 1,2,3 dan 4 dah macam ala2 hingat x hingat jek..maklumlah hidup saya ni agak duniawi sikit..tiap2 hari stress dengan kerja (kononnya lah)..so saya rasa lebih baik saya mula dulu entry dengan bab-bab yg telah saya baca..nnt x lah susah sgt saya nk ingat apa yg saya dah baca sblm ni..dan saya namakan entry ini sebagai Part I.
Buku ini dimulakan dengan kisah sebelum kelahiran Rasullullah iaitu semasa nabi Ibrahim yg berasal dari Palestin diperintahkan untuk meninggalkam siti hajar dan anak mereka nabi ismail di suatu tempat bernama Mekah…kemudian diikuti dengan sejarah wujudnya telaga zamzam..kedatangan kaum Jurhum ke Mekah..pembinaan semula kaabah oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail..dan bagaimana nabi Ibrahim diperintahkan Allah membuat seruan kepada manusia supaya datang menziarahi kaabah…
Ketika nabi Ibrahim diperintahkan untuk membuat seruan kepada semua manusia untuk datang menziarahi kaabah, beliau menyatakan kebimbangannya sekiranya seruannya tidak didengar oleh semua manusia.
Ibrahim berkata, “Wahai Tuhan! Bagaimana suara aku boleh sampai kepada pendengaran semua manusia?” Tuhan menegaskan bahawa tugas nabi Ibrahim hanyalah menyeru manakala Dialah yang akan menyampaikan kepada manusia. Subhanallah. Yang menyeru adalah nabi Ibrahim dan didengari seluruh umat manusia tetapi yg menyampaikan kepada kita adalah Allah. Cuba bayangkan kalau seruan itu tidak sampai kepada kita..maka seumur hidup kita ini..tiada lah istilah ziarah ke kaabah… semoga kita semua menjadi orang yg dipilih oleh Nya untuk menziarahi baitullah. Amin.
Dalam bab 1 buku ini kemudian menceritakan bagaimana asal kewujudan amalan penyembahan berhala dengan kedatangan suku khuzaah yg menyerang suku Jurhum dan menghalau mereka keluar dari Mekah. Seorang lelaki bernama Amru bin Lu’ayy daripada suku khuzaah adalah orang pertama yang memperkenalkan amalan penyembahanan berhala di Mekah. Diikuti dengan sejarah bertapaknya agama yahudi dan kristian di Semenanjung Arab. Juga kisah Abrahah yang mahu meruntuhkan kaabah. Peristiwa ini disebut di dalam al-Quran surah al-Fil.
Suku khuzaah memerintah Mekah selama 500 tahun sehingga kedatangan Qusai bin Qilab daripada keturunan Ismail yang mengahwini anak perempuan Hulail iaitu ketua Mekah dan ketua suku khuzaah pada masa itu. Setelah kematian Hulail maka bermulalah usaha2 Qusai yang akhirnya berjaya mengembalikan semula mekah kepada keturunan Ismail.
Salah seorang anak Qusai ialah Abdul Manaf. Antara anak2 Abdul Manaf pula ialah Mutallib dan Hasyim. Hasyim mempunyai anak yang bernama Syaibah daripada isterinya yg bernama Ummu Hasyim. Hasyim meninggal dunia ketika Syaibah masih kecil. Syaibah kemudian dipelihara oleh ibunya yang tinggal di luar Mekah. Apabila Syaibah remaja, Mutallib ingin mengambil anak saudaranya iaitu Syaibah untuk di bawah pulang ke Mekah. Ketika sampai di Mekah, penduduk Mekah melihat Mutallib membawa seorang budak remaja di belakangnya dan menyangka budak itu adalah hamba yang baru dibeli oleh Mutallib. dari situ lah Syaibah digelar Abdul Mutallib yang bermaksud hamba Mutallib. Dialah Abdul Mutallib datuk kepada Rasullullah SAW yang nama sebenarnya adalah Syaibah.
Buku ini juga menceritakan tentang sejarah Abdul Mutallib menggali zamzam yang telah hilang sejak Mekah dirampas oleh suku Khuzaah. Pada ketika itu, Abdul Mutallib yang mewarisi kemuliaan siqayah iaitu memberi minum kepada jemaah haji daripada keturunan Quraisy terpaksa mengambil air dari luar Mekah untuk diberi kepada jemaah haji. Abdul Mutallib telah diberi petunjuk dalam mimpi2nya tentang tempat di mana telaga zamzam yang sebenar sehingga dia berjaya menemui telaga zamzam yang wujud sehingga kini.
Kisah diteruskan dengan bagaimana Abdul Mutallib mahu melaksanakan nazarnya untuk menyembelih salah seorang anak lelakinya yang kemudian digantikan dengan 100 ekor unta betina. Undian dibuat untuk menentukan siapa di antara anak2 lelakinya yang bakal dipilih menjadi korban. Undian yang dibuat terkena kepada anak kesayangannya iaitu Abdullah, bapa kepada Rasullullah SAW. Sehinggakan nabi Muhammad pernah menyebut, ‘aku ini anak kepada dua orang yang hendak disembelih’..yang pertama nabi Ismail dan yang kedua Abdullah, ayah baginda sendiri. Setelah dewasa, Abdullah telah dikahwinkan dengan Siti Aminah binti Wahab daripada keturunan suku Abdul Manaf. Kedua ibu bapa nabi Muhammad adalah daripada keturunan Qusai bin Kilab yang juga daripada keturunan Ismail. Ini meletakkan nabi Muhammad bin Abdullah sebagai orang yang berketurunan paling mulia dan bangsawan.

Wahh!! Buku yang tebal dan entry yang panjang….terpaksa mangambil masa utk review bab2 yg sudah dibaca…biasalah kisah sejarah terlalu banyak yg nak kena diingat.. :) ..blom abis lagi ni..itu baru kisah sblm kelahiran Rasulullah..masih panjang lagi kisah Rasulullah SAW…saya sambung di entry yg lain insyaAllah.
No comments:
Post a Comment