Wednesday, May 12, 2010

“Mas..namanya siapa?”.. “Abdullah”

Antara dialog yg saya sgt suka dalam buku ini :)..inilah novel cinta pertama yg saya baca selepas zaman persekolahan saya..memang dah lama sangat x baca novel cinta..saya ‘terbeli’ buku ni masa saya sedang mencari satu buku rujukan untuk student saya..tapi buku rujukan x jumpa..terjumpa pulak novel ni..dah terjumpa terbeli lah pulak..tapi saya x menyesal sebab memang cerita nya best..al-maklumalah..penulis dia pon dah cakap novel ni novel pembangun jiwa..mmg betul..rasa bagaikan jiwa dimangkin2 je masa baca novel ni hehe…kepada sesiapa yang mau bercinta atau melamar sesorang dan mahu ianya berlandaskan tatasusila dan agama..banyak tips2 untuk anda dalam novel ini :).

Opps lupa pulak nak bagitau tajuk novel ni .. tajuk nya ‘ketika cinta bertasbih’..ditulis oleh penulis dari Indonesia iaitu habiburrahman..novel ni ada 2 bahagian.. bahagian 1 dan bahagian 2..novel yang saya beli ni dah combine kedua2 bahagian ni..dan ia sangat tebal!!!.. lagi tebal daripada al-Quran (penah tulis kt status fb saya)..harga nya juga mahal untuk sebuah novel..ishkk x tau lah camna cik yg agak kedekut nk keluarkan duit membeli novel cinta boleh beli novel ini dengan harga RM70!!! Mmg betul2 unbelievable hehe..Walaubagaimana pun terdapat juga versi dimana kedua2 bahagian ini diasingkan menjadi dua buah novel…murah sikit lah harganya.

Ok kita cerita pasal novel ni lah plak..ermm camne nak citer ek?? Novelnya tersangat lah tebal..nak cerita kat ruangan entry yg pendek ni lah pulak..x per lah saya citer sikit2 jek lah ek..selebihnya kalau korang nak tau..korang baca lah sendiri..kalau ada kesempatan saya akan menyambung cerita pasal novel ini di entry yang lain..oo ya..novel ni sudah difilemkan..download jek dr youtube kalo nk tengok filem nya..tp saya cakap awal2 lah yer…baca novel nya jauh lagi best drpd menonton filemnya..

Saya kagum dengan penulis novel ini..dia berjaya menggambarkan keadaan di mesir..sehingga suasana itu terasa hidup di dalam novelnya..novel ini berkisarkan kehidupan pelajar Indonesia di mesir dan penulis berjaya menghidupkan watak2 pelajar2 indonesia yang bg saya sgt survivor hidup di negara org.. dan juga paparan zaman bercinta pelajar universiti yg memendam hati dan perasaan..khitbah mengkhitbah..ada yg cintanya kesampaian dan ada yg tidak..dengan cara yg bg saya sangat islamik..terasa watak2 dalam novel ini sangat lemah lembut..berbudi bahasa..hormat menghormati..hero dia mas azzam tu tiap2 malam bangun buat solat malam wa cakap lu..subhanallah…beruntung betul si anna alfatunnisa..hihi (mulalah nk ngarut2 nih)

Kisah kehidupan di mesir kemudian bersambung di Indonesia setelah masing2 tamat pengajian..di Indonesia penulis sekali lagi berjaya menggambarkan kisah kehidupan di pasentren (kalau kt Malaysia sekolah pondok agaknya) yg dikendalikan oleh pak kiai..dan ilmu2 yang disampaikan kepada umum berdasarkan kitab2 tertentu..saya tertarik dengan satu bahagian di dalam novel ini di mana ketika mas azzam menyampaikan ilmu di pasentren wangen ianya ditulis dengan terperinci apa yg disampaikan di dalam majlis ilmu itu..kebetulan saya juga telah menonton filem ini yg didownload daripada internet..bahagian ini tidak dipertontonkan dgn jelas..dan byk lagi tidak terdapat di dalam filemnya.

Dan part yg saya rasa paling best apabila mas azzam memulakan usaha-usahanya untuk mencari jodoh…x dapat cari lagi..dan cari lagi..dan lagi…sehingga dia meminta pertolongan pak kiai sebagai org tengah mencarikan jodoh untuknya..teringat pulak kisah saiful islam bagaimana dia bertemu jodoh dengan isterinya yg pernah saya baca di blog beliau.

Bila baca novel ini hati seperti berbunga2..dan skrg saya sangat suka dengan lagu temanya …ketika cinta bertasbih.. nyanyian melly goslow dan amie.

Mari kita dengar lagu tema untuk novel dan filem ini

P/S : Saya sgt suka cara mas azzam mencari jodoh..terus terang aja..kan senang hahah..

2 comments:

  1. waaa...saya suke ler...ala...letak la...shout box kt tepi tuh....baru besh - ina

    ReplyDelete
  2. hihi.tq tq. nnt saya letak shout box..lom jumpa cara camner nk letak ni..al-maklumlah baru berkecimpung dlm dunia blog nih hehe.-cik-

    ReplyDelete